Secara scientificnye.. lebam ini disebabkan kurangnya zat tertentu di dalam darah yang menyebabkan kapilari darah mudah pecah. Jadi dinasihatkan supaya mengambil supplement vitamin C & elakkan pakai tumit tinggi.
Tapi my kes pulak, masa rajin pakai tumit tinggi dulu takde pulak. Sekarang dah berhenti pakai tumit tinggi menjadi-jadi. Since kahwin lah.
Ade yang cakap, masalah macam ni mungkin sebab kena gigit dgn cik yang suka mengilai tu atau saka atau ada yang menumpang di badan kita. Mak angkat hubby cakap pulak mungkin kene cubit dengan orang halus. Kalau orang halus teringat kat kite, kite akan dapat lebamlah. Tambah seorang kakak yang urut I pulak makhlus halus di mana-mana pon ade. Die pon selalu kena.
Apakah mungkin disebabkan masalah lebam ni I masih tak mengandung sampai sekarang... Wallahualam... Tapi I yakin yang makhluk halus ni ade & I yakin juga dengan saka kerana ade beberapa ahli keluarga di zaman dahulu kala, pangkat nenek-nenek & moyang-moyang yang membela saka ni.
Apa pon rasa tak salah kalau check. Tengoklah nanti macam mana..
No comments:
Post a Comment